Sunday, April 1

01.04.2012 ----> APRIL FOOL!

assalamualaikum w.r.t
hye everybody!

today is 1st of april 2012.
do you know that 1st april people said as "APRIL FOOL"?
i am sure you are really know right?

i want to share about something that related to it.
read below:

Sejarah April Fool Sebenarnya April adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat
Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah
mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi
dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan
belaka. Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku
pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara- mara atau sesiapa sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar
bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama- sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah. Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam
masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya. Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan- kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan- kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol. Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh- sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang
dilarang oleh Islam.
Keadaan yang harmoni ini
berlangsung selama hampir
6 abad. Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun,
mereka sentiasa menemui
kegagalan. Maka
dihantarlah sejumlah mata-
mata untuk memerhati
kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya mereka menemui
cara untuk menakluk Islam,
iaitu dengan melemahkan
iman mereka melalui
serangan pemikiran dan
budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup
masuk minuman keras dan
rokok secara percuma ke
dalam wilayah Sepanyol.
Muzik-muzik
dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda
Islam Sepanyol agar lebih
suka menyanyi dan menari
daripada membaca Al
Qur'an. Mereka juga
mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan
idea perpecahan ke dalam
tubuh umat Islam di
Sepanyol. Lama-kelamaan
usaha ini membuahkan
hasil. Akhirnya Sepanyol jatuh
dan dikuasai tentera salib.
Serangan tentera salib
dilakukan dengan kejam
tanpa mengenal
perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera
Islam yang dibunuh, malah
termasuk masyarakat
awam, wanita-wanita,
anak-anak kecil dan orang-
orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk
oleh tentera salib. Granada adalah daerah
terakhir yang ditakluk.
Penduduk Islam di Sepanyol
( yang juga dikenali sebagai
orang Moor) terpaksa
berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera salib terus
menerus mengejar mereka.
Apabila jalan-jalan dalam
keadaan sunyi sepi, yang
tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang
bergelimpangan yang
bermandikan darah.
Tentera salib mengetahui
bahawa masih ramai umat
Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam
rumah masing-masing.
Dengan lantang tentera-
tentera salib meneriakkan
pengumuman bahawa umat
Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka
dengan aman dan
dibenarkan untuk berlayar
keluar dari Sepanyol
dengan membawa barang-
barang keperluan mereka. Orang-orang Islam pada
mulanya masih curiga
dengan tawaran tersebut.
Beberapa orang Muslim
diizinkan untuk melihat
sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di
pelabuhan. Setelah benar-
benar melihat terdapat
kapal yang sudah
disediakan untuk mereka,
mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan
Granada dan berlayar
meninggalkan Sepanyol. Keesokan harinya, ribuan
penduduk Islam Granada
keluar dari rumah-rumah
mereka dengan membawa
seluruh barang-barang
keperluan, berjalan beriringan menuju ke
pelabuhan. Beberapa orang
Islam yang tidak
mempercayai pasukan salib
memilih untuk bertahan
dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam
Sepanyol berkumpul di
pelabuhan, dengan pantas
tentara salib menggeledah
rumah-rumah yang telah ditinggalkan para
penghuninya. Api dilihat
menjulang-julang ke
angkasa setelah mereka
membakar rumah-rumah
tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam
yang masih bertahan
bersembunyi di dalamnya. Ribuan umat Islam yang lain
terkandas di pelabuhan dan
hanya mampu tergamam
apabila melihat tentera salib
membakar pula kapal-
kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk
keluar dari Sepanyol. Kapal-
kapal tersebut dengan
cepat tenggelam ke dalam
lautan. Ribuan umat Islam
tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak
mempunyai sebarang
senjata. Mereka juga
kebanyakannya terdiri
daripada perempuan-
perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil.
Tentara salib telah
mengepung mereka
dengan pedang yang
terhunus. Dengan satu teriakan
arahan dari pemimpin
mereka, ribuan tentera
salib segera membunuh
umat Islam Sepanyol tanpa
rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir
memecah suasana. Seluruh
kaum Muslimin Sepanyol di
pelabuhan tersebut habis
dibunuh dengan kejam.
Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut
yang biru telah berubah
menjadi merah kehitaman. Tragedi ini bertepatan pada
tanggal 1 April. Inilah yang
kemudiannya diperingati
oleh dunia Kristian apabila
tibanya 1 April sebagai
April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April,
orang-orang dibolehkan
untuk menipu dan
berbohong terhadap orang
lain. Bagi umat Kristian,
April Fool merupakan hari kemenangan atas
pembunuhan ribuan umat
Islam di Sepanyol oleh
tentera salib melalui cara-
cara penipuan. Oleh sebab
itulah mereka merayakan April Fool dengan cara
membolehkan penipuan
dan pembohongan
walaupun diselaputi
dengan alasan sekadar
sebagai hiburan atau gurauan semata-mata. Bagi umat Islam, April Fool
merupakan tragedi yang
sangat menyedihkan. Hari
di mana ribuan saudara
seiman mereka disembelih
dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol.
Oleh sebab itu, adalah tidak
patut bagi umat Islam
untuk turut serta dalam
merayakan tradisi ini.
Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan
April Fool, maka ia
sesungguhnya sedang
meraikan ulang tahun
pembunuhan kejam ribuan
saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang
silam. Jadi, perhatikanlah di
sekeliling anda, anak-anak
anda dan diri anda sendiri
daripada terkena virus jahil
April Fool tanpa kita sedari.

#maaf entry agk pnjg.

No comments:

Post a Comment